CYBERJAYA: Pelakon, Farid Kamil dan isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Farid melafazkan cerai itu secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet yang mana prosiding itu, turut didengari oleh Hakim Syarie Shukran Yusof, lapor Kosmo.
Perkara itu dilakukan Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, selaku defendan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masih tidak sihat akibat pasca Covid-19.
Farid kemudian melafazkan cerai itu kepada Diana pukul 3.22 petang “Bahawa saya Farid Kamil Zahari menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu,” kata Farid.
Mendengar lafaz cerai itu, Diana atau nama sebenarnya Danielle Danny Beeson, 32, kelihatan tenang.
Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Diana (defendan) menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian selain sijil nikah dibatalkan.