HomeBeritaHartal Doktor Kontrak dedah punca pesakit lewat terima rawatan

Hartal Doktor Kontrak dedah punca pesakit lewat terima rawatan

CYBERJAYA: Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berharap orang awam dapat bersabar ketika menanti rawatan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan kerana sektor perubatan semakin berkurang tenaga kerja.

Menerusi hantaran di Facebook, HDK mengatakan antara punca kelewatan pesakit mendapat rawatan berlaku akibat daripada pertukaran dan perpindahan doktor.

“..Memang doktor dah berkurang sebab ramai dah kena pindah ke tempat lain dan ramai juga dah berhenti dan berpindah ke sektor swasta.

“Pihak Hartal Doktor Kontrak  dan persatuan perubatan lain dah bagi warning banyak kali bahawa pertukaran 4,000 doktor sekali gus akan merencatkan sistem kesihatan di banyak negeri, tapi tu la amaran dari kami masuk telinga kanan keluar telinga kiri,” tulis HDK pada Khamis.

HDK memuat naik hantaran sedemikian bagi membalas respon kepada seorang wanita yang mempersoalkan kelewatan pihak hospital memberi rawatan terhadap ibunya.

Dalam hantaran wanita dikenali Mazliyana Hazirah itu, dikongsi situasi yang dialami ibunya yang pada ketika itu berada di Zon Kuning dan setelah menunggu hampir 8 jam namun masih belum dipanggil untuk menerima rawatan.

“Mak saya dari pagi pergi Klinik Kesihatan Ismail lepas tuh Doctor sana minta ambulance bawa mak saya ke emergency bawah, dari pukul 11 pagi sekarang dah pukul 7 petang dekat zon kuning tak dipanggil lagi!

“Bila saya masuk security marah saya pakej dengan doktor sekali marah saya sebab dalam tu tak boleh masuk.

“Bayangkan doktor, pagi mak saya hanya makan dua biji kuih saja itu pun makan pagi tadi sekarang dah nak masuk malam. Orang tak sakit pun boleh sakit kalau maca mini! Tolong ye pihak Kerajaan @ Menteri Besar Johor ambil berat tentang hal ini,” luah Mazliyana.

Author

Pilihan Editor