HomeBeritaViralNetizen terhibur baca 'quotes' di plastik sampah

Netizen terhibur baca ‘quotes’ di plastik sampah


CYBERJAYA: Walaupun sudah lama berada di pasaran, baru hari ini warga net mengetahui kewujudan kata-kata hikmah di bungkusan plastik sampah.

Menerusi perkongsian video TikTok @Burgerrabax, kelihatan seorang lelaki seakan-akan bingung sama ada ingin membeli plastik sampah atau membaca kata-kata yang tertera di plastik itu.

“Aku nak beli plastik sampah je, tapi dia bagi macam-macam pesan,” katanya.

Dalam video sama, lelaki itu turut membaca beberapa kata-kata hikmah yang tertulis di plastik sampah tersebut.

“Pemikiran membawa perbuatan seseorang, semua keputusan atas pendirian sendiri. Paling penting hati sendiri dapat dilalui dengan ikhlas dan jujur.

“Setiap insan menaruh harapan mencari keuntungan yang lebih, paling penting rezeki bersih diperolehi cukup bermakna buat seumur hidup kita,” ujarnya sambil menunjuk plastik sampah itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen juga baru mengetahui terdapat kata-kata hikmah di plastik sampah itu selepas melihat video berkenaan.

“Lah selama ni aku tengok size je, yang banyak-banyak tulisan tu aku ingatkan ingredient dia,” komen netizen.

“Nak pilih plastik sampah pun semakin rumit, mestilah akan pilih ikut quotes yang relate dengan diri ketika itu. Tapi saiz tak ngam pulak, hidup semakin sukar,” luah netizen.

“Lepasni healing dekat section plastik sampah jelah,” seloroh netizen.

Author

Pilihan Editor