HomeHiburan'Hotel bergoyang kuat' - Heliza Helmi kongsi detik cemas alami gempa bumi

‘Hotel bergoyang kuat’ – Heliza Helmi kongsi detik cemas alami gempa bumi

CYBERJAYA: Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi, 37, berdepan detik cemas apabila tempat penginapannya bergoyang kuat susulan gempa bumi di Indonesia pada pagi Selasa.

Heliza menerusi Instagramnya memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur.

“Kakja tiba-tiba tersedar dari lena asbab daripada penginapan yang kami menginap bergoyang kuat.

“Mula-mula Kakja blur, apa yang sedang berlaku, tapi hotel bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan dan gegaran tu agak lama sampai pintu-pintu semua berbunyi,” tulisnya.

Sehubungan itu, Heliza menghubungi pihak hotel untuk mendapat kepastian punca berlakunya gegaran sebelum mendapatkan maklumat lanjut menerusi carian di internet.

The first thing terus capai jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa berlaku.

“Lepas tu call hotel tanya, depa (mereka) bagitahu ada gempa bumi!.

“Bila Google yang terkini belum dapat update, selepas beberapa minit Google balik, sahih memang berlaku gempa bumi,” jelasnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia yang berada di Indonesia turut berasa gegaran yang sama.

“Sama. Kami sekeluarga di Bali rasa bergegar 3,4 kali juga. Anak merengek tiba-tiba rasa bergegar. Semoga Allah lindungi kita semua,” kongsi netizen.

“Semoga kita selamat dan dilindungi Allah. Saya di Ubud, Bali pun rasa gegaran kuat. Tengah mamai bangun jadi blur eh gempa bumi ni,” komen netizen.

“Betul, kawan saya kat Bali sekarang dia pun ada bagitahu ada gempa bumi dekat sana. Ya Allah semoga dipermudahkan urusan di sana. Tak ada sesiapa yang cedera,” luah netizen.

Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan gempa bumi berskala 7.4 magnitud, berlaku sekitar 2.55 pagi waktu Indonesia.

Author

Pilihan Editor