CYBERJAYA: Pelakon, Zara Zya tampil membuat laporan polis ke atas dua individu berhubung kes penipuan dan gangguan seksual terhadapnya, baru-baru ini.
Menerusi hantaran Instagram, Zara memaklumkan dia sudah tidak tahan dengan gangguan yang diterimanya sejak beberapa bulan lepas.
“Anda berani buat, jangan fikir saya tak berani untuk ambil tindakan. Saya telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis ke atas dua individu.
“Seorang yang terlibat menggunakan nama dan gambar saya dalam penipuan/scam pelaburan dalam talian Facebook (Kerja Kosong Ipoh 2023) baru-baru ini.
“Laporan polis juga telah dibuat ke atas individu yang telah melakukan ‘sexual harassment’ ke atas saya dengan gangguan secara lisan, hantaran gambar-gambar tidak sopan dan juga panggilan yang bertubi-tubi setiap malam yang mengganggu emosi saya.
“Gangguan ini berlarutan sejak beberapa bulan lepas dan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan pada saya,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Love You Mr Arrogant berharap agar PDRM memberi tindakan sewajarnya ke atas pelaku-pelaku terbabit.