HomeHiburanKeputusan kes cerai Farid, Diana diketahui Khamis ini

Keputusan kes cerai Farid, Diana diketahui Khamis ini

CYBERJAYA: Pelakon Diana Danielle berharap kemelut rumah tangganya bersama Farid Kamil akan berakhir dengan baik pada Khamis ini.

Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, jika ditakdirkan mereka berpisah, dia tetap akan mengekalkan hubungan baik dengan suaminya itu demi anak-anak.

“Saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekal hubungan baik demi anak-anak, demi silaturahim kami.

“Saya doa kami capai kata sepakat. Ending yang baik doakan.

“Saya akan lega kalau betul-betul berakhir, sekarang ni saya masih dalam keadaan menunggu keputusan dan InsyaAllah saya bersangka baik,” katanya seperti dilapor mStar.

Pada Khamis ini, sebutan semula proses hakam membabitkan pasangan ini akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya sudah berbincang dengan pihak defendan berhubung segala aspek melibatkan penceraian pasangan ini.

“Kami telah berbincang untuk keputusan permohonan inter-parte hak penjagaan anak-anak dan semua kes-kes yang berkaitan anak guam dengan Farid termasuk cerai.

“Kita telah sediakan satu perjanjian penyelesaian buat kedua-dua pihak dan telah masukkan semua terma-terma untuk selesaikan kes ini secara menyeluruh,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan semula pada 21 Ogos ini bagi merekod persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak.

Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan penceraian terhadapnya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga 3 November 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Author

Pilihan Editor