SEORANG lelaki telah didakwa Polis Persekutuan Australia (AFP), selepas melakukan ugutan bom di dalam pesawat Malaysia Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur.
Individu yang berasal dari Canberra berusia 45 tahun itu boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, selepas menyebabkan penerbangan MH122 berpatah balik ke Sydney pada petang Isnin.
Menerusi video tular, lelaki tersebut pada mulanya bertanya kepada penumpang yang berada di dalam pesawat berkenaan sama ada mereka adalah ‘hamba Alllah’.
Lelaki itu kemudian dilihat berdiri di lorong pesawat dan meninggikan suaranya ke arah anak kapal.
#Sydney Airport is suffering at the hands of this lunatic as he has taken #MH122 hostage. Praying for everyone's safety and well being.
Where is Airport security?! Its been well over an hour since the plane has landed back!!! pic.twitter.com/rSWExD9EXm
— Jawad Nazir ✈ (@jawadmnazir) August 14, 2023
Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk kembali ke Sydney dan mendarat dengan selamat pada 3.47 petang waktu tempatan.
Pesawat itu kemudian mendarat di landasan berasingan di Lapangan Terbang Sydney.
Penerbangan terbabit yang membawa 194 penumpang dan lima anak kapal terperangkap di dalam pesawat selama beberapa jam, sebelum lelaki itu ditahan tanpa sebarang insiden.
https://twitter.com/jawadmnazir/status/1690985726056472576?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1690985726056472576%7Ctwgr%5E29c661108b662143fbcb3f52ce809d8d3c795bfe%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.perthnow.com.au%2Fnews%2Fcourt-justice%2Fman-charged-over-malaysia-airlines-bomb-threat-horror-by-australian-federal-police-c-11591386
Dia dijadual hadir ke mahkamah di Sydney pada Selasa.
Suspek didakwa dengan pertuduhan membuat kenyataan palsu mengenai ancaman kerosakan pesawat selain dituduh tidak mematuhi arahan kru kabin.
Sabit kesalahan boleh berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda lebih AS$15,000 (RM69,450). – Agensi