HomeBeritaMenang PRN, Selangor umum esok cuti

Menang PRN, Selangor umum esok cuti

CYBERJAYA: Kerajaan negeri mengumumkan esok (Isnin) merupakan cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim berkata, pengisytiharan itu sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Selangor ke-15.

“Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin iaitu 14 Ogos ini sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Isnin sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang dalam PRN.

Gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi DUN pada pengundian semalam.

Memetik kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, PH-BN memperoleh majoriti mudah 29 kerusi, sekali gus melepasi lebih 50 peratus kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) menang 22 kerusi.

Author

Pilihan Editor