HomeBeritaViralPenyewa selamba nak jual rumah sewa lepas 3 tahun duduk secara percuma

Penyewa selamba nak jual rumah sewa lepas 3 tahun duduk secara percuma

CYBERJAYA: Seorang individu menerima kecaman warga net selepas berkongsi hasrat ingin menjual rumah yang disewanya dengan alasan pemilik rumah sudah lama tidak memunculkan diri.

Menerusi hantaran tersebut, individu yang dipercayai menetap di Rawang berkata dia sudah lama menetap di kawasan itu serta rumah terbabit mengalami banyak kerosakan.

Susulan itu, dia bertanyakan kepada ahli dalam grup Facebook ‘Tukang Apa Hari Ini’ langkah untuk dia menjual rumah tersebut.

“Macam mana prosedur nak jual rumah ni ya? Boleh ke penyewa dapat bahagian kalau lepas jual rumah ni sebab dah lama saya sewa rumah ni. Dari belum ada anak sampai anak dah kahwin.

Last bayar sewa 2021 sebab dia takde muncul. Jadi duduk free sampai sekarang. Tu saya tanya macam mana prosedur jual atau boleh saya sewa balik pada orang sebab owner dah takde dah/hilang,” tulisnya di Facebook.

Perkongsian tersebut nyata telah membangkitkan pelbagai respon dalam kalangan pengguna internet.

Malah, netizen turut mempersoalkan tindakan individu itu dan menasihatinya supaya mencari ahli keluarga pemilik tersebut.

“Serius lah, ada kemungkinan owner dah meninggal. Tapi jadilah penyewa yang bertanggungjawab, cuba lah cari warisnya. Tak pasal-pasal penyewa tanggung hutang sampai mati. Ingat hutang tetap hutang,” tulis netizen.

“Dah tak bayar tu jangan sebut menyewa, kena sebut ‘saya tinggal secara haram’ tak tahu lah Islam ke tak yang bertanya ni. Kalau Islam, wajib kena usaha cari Owner tu, 3 tahun punya hutang tu,” kongsi netizen.

“Umpama kalau kau masuk jail berpuluh tahun. Agak-agak bila bebas nanti kau boleh jual tak jail tu buat beli ketum? agak-agak boleh tak,” selar netizen.

Gagal mendapatkan solusi daripada ahli kumpulan itu sebaliknya mendapat kritikan hebat, individu itu meluahkan rasa kesal terhadap netizen di ruangan komen kerana tidak membantunya.

“Banyak yang kecam saya dari beri idea. Saya cuma nak dapatkan income sikit-sikit je. Kalau tak boleh jual tak apa, saya sewakan sampai owner/waris datang semula,” komen individu itu.

Author

Pilihan Editor