CYBERJAYA: Nama isteri pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar kembali menjadi sebutan warga net apabila dia dilihat semakin aktif menayang menu masakannya buat suami tercinta.
Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin baru-baru ini berkongsi foto air tangannya iaitu sambal sotong kegemaran Syamsul.
“Sambal sotong favourite (kesukaan) suamiku,” kongsi Ira menerusi Instastory miliknya.
Menjadi perhatian apabila ramai pengikutnya yang membanjiri ‘direct message’ (DM) meminta resepi sambal sotongnya, lapor Kosmo.
Malah, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu membuka ruangan pertanyaan tentang lauk masakannya.
Untuk rekod, Ira dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 6 Januari lalu di Thailand dan berwalikan Kazar.