HomeBeritaMahkamah & JenayahTerima emel dari Maybank? Hati-hati mungkin perangkap 'scammer'!

Terima emel dari Maybank? Hati-hati mungkin perangkap ‘scammer’!

CYBERJAYA: Orang ramai dinasihatkan berhati-hati apabila menerima emel daripada syarikat perbankan, Maybank yang kemungkinan besar adalah palsu.

Maybank dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, tular emel palsu yang meminta pengguna untuk berkongsi butiran log masuk dan maklumat kad kredit.

Foto: Maybank

Berdasarkan emel itu, pengguna dimaklumkan terdapat kemaskini sekuriti telah dibuat, yang kemudiannya akaun mereka terpaksa ‘dikunci’ bagi tujuan keselamatan dan privasi.

Susulan itu, pengguna diberikan satu pautan untuk diakses bagi melengkapkan proses log masuk tersebut, seterusnya turut akan diberikan emel pengesahan.

Tegas Maybank, pihaknya yang sah tidak akan berkongsi sebarang pautan yang mencurigakan atau sewenang-wenangnya meminta pengguna untuk mendedahkan maklumat perbankan.

Jelasnya, orang ramai perlu peka dan membuat semakan terlebih dahulu di laman web rasmi sebelum melakukan sebarang transaksi bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan.

Author

Pilihan Editor