HomeBeritaPolitikUMNO perlu utamakan suara rakyat bukan pemimpin - Dr Akmal

UMNO perlu utamakan suara rakyat bukan pemimpin – Dr Akmal

CYBERJAYA: UMNO harus berani melakukan perubahan sekiranya tidak mahu parti itu dilupakan oleh masyarakat.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kekalahan UMNO yang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kerana hilang kepercayaan orang ramai.

“Ia menunjukkan bahawa mereka masih sayangkan UMNO tetapi sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti ini,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

PRN ke-15 menyaksikan UMNO hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kerusi yang dipertandingkan.

Parti itu menang dua daripada enam kerusi di Pulau Pinang dan dua negeri yang gagal menang satu kerusi ialah di Terengganu serta Kedah.

Selain itu, bagi Selangor, dua daripada 12 kerusi yang dipertandingkan telah berjaya direbut manakala hanya satu kerusi dari Kelantan.

Bagaimanapun, UMNO masih mendapat sokongan pengundi dari Negeri Sembilan apabila memenangi 14 daripada 17 kerusi yang dipertandingkan.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal menyatakan bahawa tugas pemimpin UMNO pada kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

“Suara rakyat harus diutamakan, bukan suara pemimpin,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor