SELEPAS lebih seminggu terperangkap di dalam sebuah gua selama seminggu, seorang penjelajah Amerika Syarikat (AS) berjaya diselamatkan pada awal pagi Selasa.
Sejak 2 September lalu, Mark Dickey terperangkap di lebih 3,000 kaki di bawah pintu masuk gua Morca di Gunung Taurus, dekat selatan Turkiye.
Ketika diselamatkan, lelaki berasal dari Westchester County, AS itu dibawa keluar dari gua menggunakan pengusung dan diberi pertolongan cemas, kata Persekutuan Speologi Turkiye dalam satu kenyataan.
“Mangsa dalam keadaan baik dan sedang dirawat oleh kakitangan perubatan kecemasan di tapak perkhemahan berdekatan lokasi,” katanya seperti dilapor New York Post.
Peneroka berpengalaman berusia 40 tahun itu juga dilapor mengalami pendarahan perut dan terlalu lemah untuk dibawa keluar dari gua tersebut.
Operasi menyelamat itu merupakan usaha antarabangsa dengan kira-kira 190 pakar dari Bulgaria, Croatia, Hungary, Itali, Poland dan Turkiye tampil membantu.
American #researcher Mark Dickey Rescued After 12 days From Cave in #Turkey After Getting Trapped 4,000 Feet Below Ground #MarkDickey #WorldNews #PublicNews pic.twitter.com/AHy1gpl4oK
— Center Core News (@CenterCoreNews) September 12, 2023
Dickey pertama kali dirawat oleh doktor Hungary yang menghubunginya pada 3 September ketika doktor dan penyelamat bergilir-gilir merawatnya.
Selepas dia menerima cecair dan darah IV, doktor memberi kebenaran untuknya melakukan pendakian.
Ketika terperangkap di dalam gua itu, Dickey yang juga ketua Pasukan Tindak Balas Awal New Jersey sedang memetakan sistem gua sedalam 4,186 kaki untuk Persatuan Kumpulan Speleolohi Anatolia.
Kumpulan itu sebelum ini berkata, dia memulakan misi bawah tanah bersama beberapa individu lain pada 31 Ogos.
Semasa masih terkandas di dalam gua, dia sempat menghantar mesej video menyatakan penghargaannya.
“Dunia gua adalah kumpulan yang sangat mengagumkan untuk melihat berapa ramai orang telah memberi respons di atas sana,” katanya minggu lalu.