HomeGlobalBaru dua bulan dituduh ceroboh tanah, gelandangan maut dibaham buaya

Baru dua bulan dituduh ceroboh tanah, gelandangan maut dibaham buaya

MAYAT seorang wanita ditemui pada mulut buaya sepanjang 4.2 meter (m) pada Jumaat, iaitu dua bulan selepas dia ditahan berikutan kes pencerobohan tanah, lapor New York Post.

Sabrina Pechkam, 41, dikenal pasti oleh polis sebagai mangsa yang diseret haiwan buas itu dalam terusan di sepanjang jalan di Largo, Pinellas County, dekat Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.

Pada kira-kira jam 6.30 pagi pada 14 Julai lalu, wanita gelandangan itu ditahan Timbalan Menteri Pinellas County kerana menceroboh tanah lembab iaitu 0.15 m dari lokasi dia ditemui mati.

Pechkam dilaporkan tidak mengendahkan papan tanda larangan kemasukan di kawasan yang menyalahi undang-undang tersebut.

Selepas mengaku tidak bersalah, wanita itu dibebaskan pada 8 September lalu dan diperintahkan untuk membayar denda sebanyak AS$500 (RM2,342).

Mangsa dipercayai diseret buaya berkenaan sepanjang di sepanjang terusan air. -Foto: Agensi

Keberadaan wanita itu dalam tempoh dua minggu sebelum dia ditemui mati, tidak dapat dipastikan setakat ini.

Sejak 2014, dia mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk kes berkaitan dadah, menceroboh dan mencuri.

Sementara itu, penyiasat masih cuba menentukan sama ada wanita berkenaan dibunuh buaya terbabit.

Seorang saksi bergegas memaklumkan kepada pihak bomba, selepas menyaksikan reptilia itu membawa mayat wanita tersebut.

Pihak berkuasa bertindak membunuh haiwan itu secara ‘berperikemanusiaan‘, meskipun ada yang mendakwa orang awam sudah pun menarik buaya berkenaan dari kawasan air dan menembaknya beberapa kali.

Lokasi kejadian terletak berhampiran Taman Ridgecrest, yang merangkumi tasik seluas lima ekar dan terkenal dengan kawasan penempatan buaya.

 

Author

Pilihan Editor