SUASANA berkelah di Taman Ekologi Chipinque, Mexico bertukar menjadi pertemuan menyayat hati bagi sebuah keluarga, apabila ia disertai oleh seekor beruang hitam yang kelaparan.
Insiden itu berlaku ketika seorang wanita, Silvia Macias meraikan ulang tahun ke-15 anaknya, Santiago, yang juga penghidap sindrom Down.
Secara tiba-tiba, beruang berkenaan yang muncul entah dari mana melompat ke atas meja dan memakan makanan ringan dihidangkan buat keluarga tersebut.
Ketika kejadian, Macias hanya duduk kaku dan menutup muka serta memeluk anaknya dengan erat.
Selepas menghabiskan makanan itu, haiwan berkenaan bertindak melompat dari meja dan berlalu pergi.
Lapor NDTV, video itu dirakam oleh rakan Macias, Angela Chapa sebelum tular di media sosial.
https://twitter.com/VoyageFeelings/status/1706978657359827081?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1706978657359827081%7Ctwgr%5E3be3e2aa541d5aaf42d0610cd8b4cf216ba0ec57%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ndtv.com%2Foffbeat%2Fwatch-bear-gatecrashes-family-picnic-in-mexico-gorges-on-enchiladas-and-tacos-4429975
Menurut laporan BBC, laman web taman itu sudah pun memberi amaran kepada pengunjung bahawa, kekerapan pertemuan orang awam dengan beruang tersebut telah meningkat di kawasan metropolitan Monterrey.
Haiwan itu yang dilihat berkeliaran di taman, kawasan perumahan, dan jalan berhampiran kawasan pergunungan sekali gus meningkatkan risiko keselamatan kepada orang awam dan beruang terbabit.
Taman itu turut menasihatkan para pengunjung untuk tidak mengambil gambar beruang dari jarak dekat.