HomeHiburan'Idah aku 100 tahun ke' - Puteri Sarah bidas bekas menantu Kazar

‘Idah aku 100 tahun ke’ – Puteri Sarah bidas bekas menantu Kazar

CYBERJAYA: Walaupun sudah disaman, bekas menantu Pelakon Kazar iaitu Wiwie Darvinda Mazweena Mazlan masih membawa mulut mengenai pelakon Puteri Sarah Liyana.

Terbaru, Puteri Sarah menerusi Instagram Story meluahkan rasa bengang dengan tindakan Wiwie yang mendakwa Sarah bermanja dengan lelaki sewaktu dalam tempoh idah.

Difahamkan, tangkap layar perbualan Wiwie bersama seseorang itu diberikan oleh seorang individu kepada Sarah atau Puteri Sarah Megat Kamaruddin, 38.

“Dalam idah pun dia tunjuk dia VC (videocall) bermanja-manja dengan lelaki lain dalam live.

“Adakah tu maruah isteri,” tulis Wiwie kepada seseorang.

Sementara itu, Puteri Sarah menyelar tindakan bekas menantu Kazar yang masih tetap membicarakan kehidupan peribadinya walaupun telah disaman.

“Ada orang kongsi dengan saya. Inilah manusia yang tiada kerja sibuk idah orang. Idah aku 100 tahun ke?

“Dah kena saman duduk diam-diam. Simpan duit nak bayar saman nanti,” selar Puteri Sarah.

Lelaki yang dimaksudkan Wiwie dipercayai merujuk kepada pelakon Indonesia Andi Arsyil Rahman yang turut menjadi rakan bisnes kepada Puteri Sarah.

Terdahulu, nama Wiwie mula menjadi perhatian apabila dia mempersoalkan tempoh idah Sarah selepas sah bercerai dengan Pengarah Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu.

Sehubungan itu, pelakon drama Andai itu Takdirnya telah mengambil tindakan saman terhadap Wiwie selepas mendapat persetujuan Syamsul.

Author

Pilihan Editor