HomeGlobal'Cashier' diserang, gula-gula, vape antara barangan rompak geng hoodie

‘Cashier’ diserang, gula-gula, vape antara barangan rompak geng hoodie

JIKA kita sering kali terdengar kes rompakan dilakukan oleh orang dewasa, namun lain pula kali ini apabila aktiviti jenayah itu berani dilaksanakan anak muda.

Baru-baru ini, nasib malang menimpa seorang juruwang wanita selepas diserang oleh sekumpulan remaja di sebuah kedai stesen minyak di Normandy Park, dekat Washington, Amerika Syarikat (AS).

Detik cemas dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) pada Jumaat itu memaparkan, kumpulan remaja tersebut yang memakai hoodie hitam memukul Leah Johnston, bagi mengalihkan perhatian mangsa, sementara rakan-rakan mereka yang lain mengambil kesempatan merompak premis tersebut.

Empat daripada ahli kumpulan tersebut dilihat bukan sekadar mencuri gula-gula, malah turut merompak rokok, rokok elektronik (vape) dan wang tunai kurang daripada AS$100 (RM469).

Ketika kejadian, Johnston berkata, dia sudah pun memberitahu suspek untuk berhenti menyerangnya kerana dia tidak melawan.

“Namun, permintaan saya tidak diendahkan dan mereka sebaliknya mentertawakan saya,” katanya seperti dilapor New York Post.

Seramai enam suspek dikenalpasti terlibat dalam rompakan itu.

Menurut polis, seramai enam suspek terlibat dalam serangan dan samun di premis tersebut.

Polis berkata, kumpulan remaja tersebut melarikan diri dari lokasi kejadian menggunakan kereta curi berjenama Kia dan Hyundai.

Kedua-dua kenderaan tersebut kemudian ditemui semula selepas kejadian itu.

Pihak polis juga sudah pun mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak serta menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$1,000 (RM4,693) kepada mana-mana individu yang memiliki maklumat mengenai suspek.

Author

Pilihan Editor