HomeGlobalDua beradik 'bocah' selamba pandu lari kereta ibu sejauh 321km

Dua beradik ‘bocah’ selamba pandu lari kereta ibu sejauh 321km

KETERUJAAN dua beradik bawah umur untuk bersuka ria di tapak pesta ria atau ‘fun fair‘ tidak bertahan lama apabila ditahan pihak berkuasa, lapor New York Post.

Menurut polis, penahanan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan kakaknya berumur 11 tahun itu dibuat, selepas mereka bertindak membawa lari dan memandu kereta milik ibu mereka sejauh 321 kilometer (km) untuk menuju ke tapak pesta itu.

Polis mengesan sebuah kereta putih di 1-75 di Alachua County, berhampiran Gainesville, dekat Florida, Amerika Syarikat (AS) pada kira-kira jam 3.50 pagi.

Kanak-kanak perempuan tersebut mengangkat tangan untuk menyerah diri kepada polis. -Foto: Agensi

Ketika penemuan itu, pihak polis terkejut apabila mendapati kanak-kanak lelaki tersebut berani memandu kenderaan terbabit, sementara kakaknya duduk di sebelahnya.

Gambar di lokasi kejadian memaparkan kedua-dua kanak-kanak itu rela menyerah diri, selain mengangkat tangan ketika keluar dari kenderaan yang dikelilingi pihak polis.

Ibu mereka enggan mendakwa dua beradik itu dan membuat perjalanan ke Alachua County selama tiga jam untuk menjemput anak-anaknya.

Sementara itu, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

 

Author

Pilihan Editor