Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang dianjurkan oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN) menyaksikan lebih 1,000 peserta berjalan kaki berarak dari Masjid Kampung Baru menuju ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Tujuan perhimpunan tersebut diadakan untuk membuat laporan polis berkenaan keputusan dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
• Di hadapan Masjid Kampung Baru
• Peserta mula bertolak dari Masjid Kampung Baru
• Berarak ke Jalan Raja Abdullah
• Memasuki Jalan Sultan Ismail
• Berlangkah ke arah Hotel Sheraton
• Berlangkah ke arah Sogo KL.
• Berceramah di hadapan Sogo KL.
• Memaparkan laporan polis yang baru difail di IPD Dang Wangi
• Bermesra dengan para peserta himpunan tersebut
• Nyanyian Negaraku dan bacaan doa sebelum bersurai
• Pelbagai jenis reka bentuk placard berpolitik
• Rakyat sebagai peserta program yang menghulurkan sokongan.