HomeHiburan'Kalau boleh esok nak kahwin' - Dayang Nurfaizah

‘Kalau boleh esok nak kahwin’ – Dayang Nurfaizah

“SAYA daripada umur 18 tahun pun orang selalu bertanya mengenai isu bila nak kahwin ni dan sampai sekarang pun orang masih bertanya pada saya soalan yang sama.

Itulah yang diungkap penyanyi, Dayang Nurfaizah yang kini mencecah usia 42 tahun.

Meskipun sering diajukan soalan tentang jodoh, Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty kekal tenang dan tidak terasa hati berdepan soalan-soalan sedemikian.

“Siapa cakap tak teringin (kahwin), cuma jodoh tu tak sampai lagi.

“Tapi Dayang harap peminat-peminat doakan sebab kita pun tak tahu kan sebab jodoh itu di tangan Tuhan.

“Tapi yang penting bukan Dayang taknak, nak kalau boleh esok pun nak (kahwin) tapi itulah belum dipertemukan jodoh yang baik,” katanya seperti dilapor mStar.

pelantun lagu ‘Di Pintu Syurga’ turut menyatakan bahawa dalam soal jodoh ini dia tidak terlalu cerewet namun dua kriteria penting harus diutamakan.

“Nak cakap mengenai jodoh ni pun saya susah sebab kadang-kadang ia ada depan mata, kena tengok juga sebab kerja macam saya ni perlu cari seseorang yang memahami serta keserasian itu yang penting.

“Dayang tak pernah letakkan syarat tertentu kalau bab jodoh ni. Saya tak pernah terasa pun dan doakan yang terbaik untuk saya semoga cepat dipertemukan jodoh okay amin,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor