HomeBeritaPemandu kren TNB maut kemalangan dengan treler

Pemandu kren TNB maut kemalangan dengan treler

ALOR SETAR: Seorang pemandu kenderaan berat Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut apabila kren dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Batu 9, Jalan Alor Setar ke Sungai Petani di sini, hari ini.

Mangsa, Hasbullah Mohd. Salleh, 38, mati di lokasi kejadian manakala pemandu lori treler terlibat yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun mengalami luka ringan di kaki kirinya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika kedua-dua kenderaan bergerak dari arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati treler tersebut datang dari arah Alor Setar menuju Sungai Petani manakala jentera TNB tersebut bergerak ke arah bertentangan.

“Setibanya di lokasi, lori treler tersebut telah hilang kawalan dan bahagian kontenanya masuk ke laluan bertentangan. Keadaan itu menyebabkan kren terbabit berlanggar dengan kontena lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Shukri, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati treler tersebut mengalami kerosakan ‘axle brackets’ di bahagian belakang sebelah kanan dan satu tayar belakang turut pecah sebelum kemalangan.

“Pihak polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya berdepan cabaran mengeluarkan mayat berikutan kontena treler tersebut terbalik dan menghempap kren TNB.

Katanya, siasatan awal mendapati treler tersebut mengalami kerosakan ‘axle brackets’ di bahagian belakang sebelah kanan dan satu tayar belakang turut pecah sebelum kemalangan.

“Pihak polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya berdepan cabaran mengeluarkan mayat berikutan kontena treler tersebut terbalik dan menghempap kren TNB. – Utusan

Authors

Pilihan Editor