HomeGlobalPemuda tertekan selepas tidur diganggu jeritan warga emas setiap pagi

Pemuda tertekan selepas tidur diganggu jeritan warga emas setiap pagi

BAGI kebanyakan individu, waktu subuh adalah antara masa terbaik untuk memulakan pelbagai aktiviti termasuk mandi, bersenam dan solat.

Namun, berbeza dengan situasi seorang pemuda apabila kehidupannya menjadi tidak tenteram, selepas diganggu dengan jeritan seorang lelaki warga emas pada setiap pagi, selama lebih dari setahun.

Pemuda yang enggan dikenali dari wilayah Jiangsu, di timur China itu berkata, tidurnya terganggu apabila warga emas itu menjerit ketika bersenam pada waktu subuh.

Pada 10 September lalu, pemuda itu menemui warga emas tersebut untuk memintanya agar tidak berbuat bising.

Sempat merakamkan perkara itu, pemuda tersebut pada mulanya menunggu di tepi jalan sebelum mendengar jeritan warga emas berkenaan: “Haha, yiyi”.

Dia kemudian dengan sopan meminta warga emas itu berhenti untuk melakukan perbincangan.

“Hello, saya mahu bercakap dengan anda mengenai satu perkara,” kata pemuda itu.

Warga emas itu kemudian berhenti dan mendengar penjelasan pemuda tersebut termasuk memintanya untuk tidak berbuat bising.

“Tidur saya terganggu setiap hari.

“Bolehkah anda menjerit selepas berlari jauh dari kawasan penempatan ini. Saya sangat bersyukur,” pinta pemuda tersebut.

Warga emas itu kemudian memberi respons tidak jelas, sebelum memberi lambaian selamat tinggal kepada pemuda tersebut dan terus berlari.

“Saya tidak tahan dan menemuinya sekali lagi,” kata pemuda tersebut seperti dilapor South China Morning Post.

Kebanyakan orang Cina percaya bahawa, menjerit mampu meningkatkan fungsi paru-paru dan mereka melihatnya sebagai satu bentuk senaman.

Kisah gangguan bunyi bising pada waktu subuh bukan perkara asing lagi di negara tanah besar itu.

Mei tahun ini, seorang wanita di timur China berbasikal pada setiap 6 pagi dan mengelilingi kawasan perumahannya.

Dia juga didakwa menjerit dengan kuat bertujuan meningkatkan kapasiti paru-parunya dan digelar ‘jam penggera manusia’ oleh jirannya.

Author

Pilihan Editor