HomeHiburan'Tak mahu bermasam muka, kes tutup!' - Ahirine Ahirudin

‘Tak mahu bermasam muka, kes tutup!’ – Ahirine Ahirudin

TAK mahu bermasam muka kerana masing-masing bekerja dalam bidang sama membuatkan pelakon, Ahirine Ahirudin bersikap profesional dalam menyelesaikan kontroversi antaranya bersama Aedy Ashraf.

Menurut pelakon filem ‘Tebus’ yang berusia 27 tahun itu, dia tidak berniat mencetuskan sebarang sensasi mahupun ‘publicity stunt’ seperti didakwa pihak terbabit, sebaliknya hanya mempromosikan filem lakonan seperti dilakukan sebelum ini.

Malah, dia turut memadam foto yang menjadi isu antara mereka yang dimuat naik di Instagramnya sebelum ini.

“Saya tak mahu bermasam muka, kita pun nak kerja lama dalam bidang ini. Kes tutup!”

“Saya tiada masalah pun untuk memadam foto daripada babak filem Tebus itu jika dia tak berkenan. Boleh sahaja terus hubungi saya sebab kami pun kawan dan kerja dalam produksi sama.

“Apabila dia suarakan secara terbuka tak bagi kebenaran dan tidak pernah bersetuju gambar itu jadi bahan promosi, saya telefon dia untuk bagi penjelasan agar tiada konflik di kemudian hari.

“Dalam bekerja saya profesional, begitu juga apabila berkawan. Saya tak mahu bermasam muka, kita pun nak kerja lama dalam bidang ini. Kes tutup,” katanya seperti dilapor portal HibGlam.

Jelasnya lagi, segala bahan untuk mempromosikan filem Tebus itu adalah berpandukan gambar serta klip video pihak produksi.

“Industri hiburan kita tak sebesar mana, pusing-pusing kita jumpa orang yang sama. Cukup kita raikan ketenangan dan hargai persahabatan.

“Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu saya jenis macam mana, ‘happy go lucky’ serta tak suka ambil peduli perkara remeh yang boleh mengganggu fokus,” ujarnya.

Terdahulu, Prodigee Asia Talent selaku syarikat pengurusan di bawah WebTVAsia yang mengendalikan kerjaya Ahirine membuat kenyataan rasmi berhubung hantaran gambar dilakukan artis mereka.

Menurut kenyataan berkenaan, foto membabitkan kedua-dua pelakon terbabit telah dipadam demi menghormati pihak tertentu selain enggan kontroversi berpanjangan.

Author

Pilihan Editor