HomeBeritaTak pernah sebelahi parti politik, polis nafi 'dicucuk hidung' isu 3R

Tak pernah sebelahi parti politik, polis nafi ‘dicucuk hidung’ isu 3R

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tidak pernah menyebelahi mana-mana parti politik, sekali gus menafikan dakwaan ‘polis dicucuk hidung’ berhubung siasatan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan isu 3R itu adalah membabitkan semua peringkat dan lapisan masyarakat di negara ini.

“Tanggapan bahawa polis mengikut arahan ahli politik adalah tidak benar. Kita memandang serius dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyentuh isu 3R.

“Malah kerajaan sebelum ini juga menggesa agar isu 3R tidak disentuh kerana boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Razarudin berkata, bukan sahaja ahli politik dituduh di mahkamah, orang awam yang menyentuh isu 3R turut disiasat.

“Kita akan mengambil tindakan tanpa rasa takut atau pilih kasih kepada sesiapa yang menyentuh isu 3R.

“Sebagai contoh, kes sebelum ini fitnah terhadap Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor), suspek adalah orang awam, kita tangkap dia pada tengah malam,” katanya.

Author

Pilihan Editor