HomeBeritaPolitikTidak Rasmi: PH menang di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Tidak Rasmi: PH menang di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

JOHOR BAHRU: Keputusan tidak rasmi setakat 7.46 petang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendahului pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, PH mendahului di Pulai dengan 29,683 undi mengatasi Perikatan Nasional (PN) 18,293 undi manakala Bebas 328 undi.

“Majoriti di Pulai dalam tempoh itu 11,390 undi. Ini berdasarkan 183 daripada 297 peti undi.

“Sementara PRK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pula, PH mendahului dengan 8,247 undi manakala PN 5,981 dan Bebas 149 undi.

“Majoriti undi adalah 2,266 dan melibatkan 183 daripada 297 peti undi,” tulisnya dalam akaun Facebook miliknya pada Sabtu.

 

Author

Pilihan Editor