HomeGaya HidupTiga jenis tidur dalam Islam, kalau taknak jadi gila elakkan nombor tiga!

Tiga jenis tidur dalam Islam, kalau taknak jadi gila elakkan nombor tiga!

MANUSIA memerlukan tidur untuk merehatkan badan tidak kira tidur pada waktu malam mahupun tidur sekejap pada waktu siang.

Dalam agama Islam, penjagaan dari sudut kesihatan fizikal dan mental amatlah dititikberatkan.

Ia juga termasuk dengan cara tidur dalam Islam mengikut beberapa jenis yang perlu diberi perhatian.

Perkongsian Ustaz Kembar di TikTok kali ini menceritakan beberapa jenis tidur dalam Islam yang perlu diambil tahu dan dielakkan oleh setiap manusia yang beragama Islam

“Jom kita kenali tiga jenis tidur yang diajarkan dalam Islam yang akan menjadikan kita manusia yang cergas dan sihat serta efektif ,” katanya.

1.Hailullah

-Tidur selepas Subuh
-Tak bangun Subuh

Orang yang tidur selepas waktu solat Subuh ini akan menyebabkan rezekinya terhijab dan tidak mendapat keberkatan dalam rezeki. Jadi, kalau boleh elakkan tidur selepas waktu Subuh ya.

2.Qailulah

  • Tidur sebelum Zohor
  • Tidur selepas Zohor

Ini merupakan tidur sebentar sebelum waktu Zohor atau selepas waktu Zohor dalam masa kira-kira satu jam.

Tidur ini akan memberikan tenaga kepada kita, khasnya untuk anda yang ingin bangun malam hari untuk qiamullail.

3.’Ailullah

-Tidur selepas waktu Asar

Tidur pada waktu ini amatlah dilarang kerana ia boleh mengundang penyakit pada badan dan juga jiwa kita. 

“Paling dahsyat sekali adalah, boleh menjejaskan otak kita akan jadi lemau, tak bersemangat dan malas,” jelasnya.

Tidur adalah rutin biasa, namun suatu anugerah yang luar biasa sebenarnya daripada Tuhan. Usah abaikan waktu tidur dengan berjaga terlalu lewat pada waktu malam. Dapatkan tidur yang berkualiti untuk kecergasan pada esok hari!

Author

Pilihan Editor