HUJUNG minggu ini anda rancang nak berjalan-jalan tapi tak tahu nak tuju kemana? Haa, apa kata anda ‘healing’ di sekitar Putrajaya!
Ini kami senaraikan 5 spot terbaik nak ‘healing’ di Putrajaya:
1. Santai di Anjung Floria
- Untuk kalian yang gemar suasana santai, tenang tanpa bunyi bingit, jom beriadah di Anjung Floria di petang hari.
- Dekat sini memang tenang je layan pemandangan tasik Putrajaya.
- Sesuai dijadikan pot untuk lepak dengan ‘si dia’ ataupun kalau nak datang bawa anak kecil pun okay sebab ada pantai buatan!
- Kalau time sunset pun view cantik!
2. Jom ‘ride’ kuda!
- Kalau nak rasa pengalaman naik dan ‘ride’ kuda, jom lepak di Taman Ekuestrian Putrajaya yang terletak di pinggir Taman Puncak Selatan.
- Taman Ekuestrian Putrajaya ini bertaraf dunia dan menyediakan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan ekuestrian bagi tunggangan awam, pertandingan, lawatan ke kandang kuda, pelajaran menunggang dan banyak lagi.
- Oh lagi satu, berdekatan dengan Pusat Ekuestrian, ada sebuah kafe iaitu Kafe Eques yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan juga dessert. Jadi, korang boleh la pergi ke cafe makan dessert sambil melihat kuda!
3. Pusat Rekreasi Air Putrajaya
- Pasti ramai kagum melihat suasana panorama di Putrajaya kan?
- Kalau nak lagi feel, apa kata kalian datang ke Pusat Rekreasi Air Putrajaya di Presint 13, Taman Wetland.
- Dekat sini ada banyak aktiviti air boleh buat seperti berkayak, naik Water Taxi untuk menyusuri Tasik Putrajaya atau nak memancing ikan pun boleh!
4. Terokai keindahan Secret Garden
- Kalau nak feeling fantasi, jom terokai keindahan malam di Secret Garden yang terletak di Taman Cahaya Putra Perdana, Presint 1, Putrajaya.
- Bawa keluarga menikmati malam yang bercahaya dan bergambar sakan di sini, sangat estetik!
- Untuk kesini, hanya waze Hotel Pulse Grande atau nak pecah peluh, boleh cuba menaiki 248 anak tangga di Putrajaya Steps!
- Kawasan sekitar sini pun lengkap dengan fasiliti seperti parking dan tandas.
5. Glamping Putrajaya
- Untuk anda yang gemar berkhemah, apa kata kalian bermalam di campsite yang ada dalam Putrajaya ni!
- Anda boleh dapatkan perkhidmatan berkhemah ini menerusi Glow Putrajaya.
- Betul-betul healing kalau bermalam di campsite Glow ni beb!
- Bolehlah deep talk dengan BFF atau pasangan kalian ye.
6. Wetland Studio Putrajaya
- Okay satu lagi tempat menarik kalau nak datang healing seisi keluarga adalah di Wetland Studio Putrajaya!
- Untuk kalian yang ada anak kecil itu memang sesuai sangat datang sini sebab studio ini berkonsepkan zaman Dinosaur purba!
- Selain itu, boleh juga pelajari jenis haiwan hutan dan ‘insectarium’.