CYBERJAYA: Peserta Aqiel Saufi berjaya merangkul kejuaraan dalam perlumbaan permainan video dan simulasi terkenal Gran Turismo (GT) yang julung kalinya diadakan dan dianjur oleh MEDIA VARIASI iaitu MV e-GT.
Aqiel memenangi perlumbaan dengan mata keseluruhan sebanyak 32 mata menewaskan pelumba Aliff Rayyan yang mendapat tempat kedua dengan 29 mata, lebih satu mata daripada Nor Zaidi di tempat ketiga dengan 28 mata.
Walaupun baru pertama kali diadakan, MV e-GT berjaya mengumpul 15 orang peserta untuk menjayakan perlumbaan tersebut.
Perlumbaan pertama ini menyediakan empat trek berbeza yang perlu dilalui oleh pelumba sebelum diangkat menjadi juara.
Perlumbaan pertama yang dijalankan pada 23 September baru-baru ini menyediakan trek Circuit De Spa-Francorchamps dan Circuit De Barcelona-Catalunya.
Manakala, Sabtu lepas iaitu 30 september diadakan perlumbaan akhir di mana pelumba menggunakan laluan Raceway Laguna Seca dan Nurburgring Nordschleife.
Juara MV e-GT meraih wang tunai RM500, naib juara RM300, dan tempat ketiga RM100 manakala tempat keempat dan kelima masing-masing menerima wang saguhati RM50.
Semua peserta perlumbaan MV e-GT akan diberikan sijil penyertaan sebagai cenderamata.