HomeBeritaBelanjawan 2024: Kerajaan jamin golongan miskin, M40 tidak terbeban

Belanjawan 2024: Kerajaan jamin golongan miskin, M40 tidak terbeban

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan akan berusaha sedaya upaya meringankan beban golongan miskin dan susah termasuk M40 dalam Belanjawan 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini, beliau telah menyentuh mengenai jumlah subsidi yang dijangka mencecah RM81 bilion perlu ditanggung kerajaan, antara lain akibat peningkatan kos import bahan makanan yang sedang berlaku di seluruh dunia.

“Justeru, satu dasar baharu dirangka bagi mengurangkan beban kerajaan, khususnya menerusi rasionalisasi subsidi dengan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak diberi bantuan, berbanding membiarkan golongan kaya turut menikmati subsidi.

“Namun ada yang bimbang pelaksanaan rasionalisasi subsidi akan menyebabkan kos sara hidup mereka meningkat,” katanya dalam hantaran Facebook pada Selasa.

Katanya, pengumuman penting itu akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 Jumaat ini.

 

Author

Pilihan Editor