HomeGlobalKenali Briged Al-Qassam yang digeruni Israel

Kenali Briged Al-Qassam yang digeruni Israel

SIAPA sebenarnya Briged Al-Qassam?

Asal usul Pejuang Palestin

Mari kita singkap asal usul pejuang Palestin yang sering dilabel pengganas, militan dan pelampau oleh media Barat.

Menurut @thepatriotsasia, setelah kejatuhan empayar Uthmaniyah selepas Perang Dunia Pertama, wilayah Syam dibahagikan kepada British dan Perancis.

Melalui perjanjian sulit Sykes-Picot pada tahun 1916, Syria dan Lubnan diperintah Perancis manakala Palestin dan Jordan diperintah British.

Di Syria, Syeikh Izzuddin Al-Qassam, seorang ulama sufi lulusan Universiti Al-Azhar bangkit menentang penjajahan Perancis dengan senjata.

Syeikh Izzuddin Al-Qassam

Syeikh Izzuddin Al-Qassam merupakan seorang mursyid tarekat Syadziliyah di sebuah zawiyah di Jilah Al-Adhamiyah, Syria bentuk sepasukan tentera dari kalangan anak-anak muridnya.

Amalan-amalan zikir, doa dan bacaan hizib-hizib yang diterapkan kepada anak-anak muridnya memberikan diorang semangat dan keberanian luar biasa untuk melawan Perancis walaupun kelengkapan senjata mereka serba-serbi kekurangan.

“Serangan demi serangan secara gerila yang dilakukan sangat digeruni Perancis sehinggakan Perancis anggap Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan anak-anak muridnya sebagai ancaman yang besar. 

Tali barut Perancis, Ibrahim Hanano

“Namun tali barut Perancis yang bernama Ibrahim Hanano merencatkan perjuangan Al-Qassam.

“Ramai anak-anak muridnya ditangkap dan dibunuh setelah maklumat sulit mereka sampai ke pengetahuan Perancis,” katanya.

Mufti Palestin, Syeikh Amin menjemput Syeikh Izzuddin Al Qassam bersama 6 orang muridnya ke Haifa, Palestin, untuk membawa semangat jihad orang-orang Palestin melawan British.

Di Palestin, Syeikh Izzuddin Al Qassam bersama anak-anak muridnya melatih petani-petani di kampung dan buruh-buruh di Palestin untuk berjihad melawan British.

“Mereka bukan sahaja dilatih dengan ilmu ketenteraan, tetapi turut dilatih dengan amalan-amalan kerohanian.

“Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan para pengikutnya jadi ancaman besar British pula,” tulisnya.

Namun, beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin dibunuh oleh tentera British.

Tidak berhenti di situ, perjuangan Syeikh Izzuddin Al Qassam diteruskan oleh Briged (Kataib) Al-Qassam, satu sayap tentera di bawah Hamas. 

Briged Al-Qassam rasmi ditubuhkan pada 1987

Briged Al-Qassam diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh Hamas, Salah Shehadeh.

Dan secara rasminya ditubuhkan sebagai briged sayap Tentera Hamas pada tahun 1987 bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan Zionis laknatullah.

Briged Al-Qassam meneruskan kaedah yang diterapkan oleh Syeikh Izzuddin Al Qassam yang mana amalan kerohanian sangat dititik beratkan. 

“Sebab tu kalau nak jadi ahli briged Al-Qassam mesti jaga solat fardhu, solat tahajud dan hafalan al-Quran.

“Anggota briged pun bukan calang-calang orang, mereka terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama dan pelajar universiti. 

“Mereka dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing,” kongsinya.

Malah, orang luar tidak dibenarkan melibatkan diri agar kesucian perjuangan mereka terjaga.

“Matlamat perjuangan mereka jelas, sangat berbeza dengan ISIS. Lebih parah, Israel mula menyebarkan kebencian terhadap Briged Al-Qassam dengan menyamakan mereka dengan ISIS.

“Dari Al-Qassam dan ISIS, kita kenal mana jihad yang betul dan mana jihad yang palsu. Sebab itu juga, Briged-Al Qassam ini adalah tentera yang paling digeruni Israel.

“Antara sebab Israel tak mulakan lagi serangan darat sebab takut dengan strategi Briged Al-Qassam.

“Salah satunya, Briged Al-Qassam gunakan terowong rahsia bawah tanah untuk buat serangan hendap terhadap tentera Israel.

“Terowong ni ada ribuan rangkaian dan kebanyakannya dipasang perangkap bom. Ramai tentera Israel terbunuh akibat perangkap bom tersebut,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor