HomeBeritaPolitikLoke nafi rancangan ganti Ketua Menteri P.Pinang

Loke nafi rancangan ganti Ketua Menteri P.Pinang

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tampil menafikan bahawa timbul sebarang rancangan untuk menggantikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika ini.

“Tiada isu ketua menteri (Pulau Pinang). Saya tidak tahu ada isu.

“Tiada keputusan untuk menggantikan ketua menteri,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Sebelum kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai, spekulasi bertiup kencang bahawa terdapat usaha dalaman untuk menggantikan Kon Yeow dengan calon lain bagi pemilihan ketua menteri.

Namun, kepimpinan DAP sebulat suara menyokong Kon Yeow untuk kembali memegang jawatan itu.

Dalam satu majlis pada Sabtu lalu, Kon Yeow menggesa segelintir pihak untuk menghentikan gerakan yang berniat untuk menjatuhkan kepimpinannya.

Pengerusi DAP Pulau Pinang itu mendakwa, terdapat pelbagai spekulasi mengenai pergerakan dikenali sebagai “倒曹” (dao cao – jatuhkan Chow) sebelum PRN.

Beliau berkata, ini seterusnya menimbulkan kebimbangan sama ada beliau akan kekal memegang jawatan sebagai ketua menteri.

Namun, katanya, perkara itu dapat diatasi dan berharap mana-mana pihak sama ada di dalam atau di luar parti tidak lagi berusaha untuk menjatuhkannya, sebaliknya melakukan langkah ‘hui cao’ (kembali menyokong Chow).

Author

Pilihan Editor