HomeBeritaViral‘Mak bapak pandai buat anak je!’ – Van sekolah dipenuhi sampah bikin netizen...

‘Mak bapak pandai buat anak je!’ – Van sekolah dipenuhi sampah bikin netizen geram

CYBERJAYA: Tular sekeping gambar di media sosial memaparkan keadaan sebuah van sekolah yang sedang dibersihkan, dipenuhi sampah bekas makanan dan minuman para murid.

Menerusi gambar itu, kelihatan bekas kotak air minuman, bungkusan plastik keropok dan snek memenuhi van berkenaan yang menjadi pengangkutan buat anak-anak pergi dan pulang ke sekolah.

“Ni normal bagi kami yang cuci van sekolah. Nasib baik owner (van)sporting,” kongsi seorang lelaki dikenali Mohd Sahnizan Mohd Ayup menerusi kapsyen gambar tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net tidak lepas tangan meninggalkan komen dengan pelbagai reaksi berhubung gambar terbabit.

Ada sebilangan netizen yang berang dengan sikap ibu bapa yang disifatkan tidak mendidik anak-anak untuk belajar menjaga kebersihan.

“Mak bapak pandai buat anak je, attitude dengan disiplin tak pernah nak di ajar, dia ingat bayar duit bas sekolah tu sekali pakej duit sampah ke apa,” luah seorang netizen.

“Mak pak ajarlah anak-anak jangan buang sampah merata,” pesan warga maya.

“Budok2 lenim mmg gni perangai… gtu la jugok dlm kelas… mental wase jd cgu,” luah netizen.

Dalam pada itu, ada juga guru yang tampil bertanggungjawab mahu berkongsi gambar berkenaan sebagai tauladan kepada para ibu bapa dan anak mereka.

“Nanti kami yang cikgu-cikgu tunjuk pic ni kat grup ibubapa.. sama-sama kitorang nasihat nanti.. mana boleh biarkan ni.. kena ada disiplin,” komen seorang lagi netizen yang dipercayai seorang guru sekolah.

Author

Pilihan Editor