CYBERJAYA: Tular di aplikasi X apabila sebuah pasaraya di Selayang didakwa bertindak menjual daging katak secara terbuka sehingga mengundang reaksi negatif warga net.
Menerusi gambar tular, didapati daging terbabit diletakkan dalam pinggan di bahagian ikan bersama beberapa jenis makanan laut lain.
Perkara tersebut merunsingkan pembeli terutama orang Islam kerana makanan haram telah bercampur dengan makanan halal secara terbuka.
“NSK Selayang jual daging katak secara terbuka bersebelahan ikan. Kejadian berlaku apabila makanan haram bercampur dengan yang halal dijual secara longgok.
“Hati-hati, jangan tersalah beli nanti ingatkan ayam atau burung puyuh rupa-rupanya katak,” kongsi @MalaysianFoods di X.
Difahamkan, pengadu telah membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta pihak pengurusan pasar raya terbabit untuk tindakan lanjut.
NSK SELAYANG JUAL DAGING KATAK SECARA TERBUKA BERSEBELAHAN IKAN. Kejadian berlaku apabila mknan haram bercampur dgn yg halal dijual secara longgok di NSK SELAYANG jd berhati2 apabila membeli di pasaraya ini.
Hati-hati, jangan tersalah beli nanti ingatkan ayam atau burung puyuh… pic.twitter.com/0JaKhyc0wa
— FoodPornMalaysia (@MalaysianFoods) October 24, 2023
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan sekiranya tersilap beli kerana menyangkakan ia adalah burung puyuh.
“Ni kalau aku yang pergi beli mati-mati ingat burung puyuh,” komen netizen.
“NSK ni, ayam dia pun jangan beli. Cuba tengok sembelihan dia tak sempurna. Better ke pasar Melayu ke Giant, Lotus,” dakwa netizen.
“Eish macam burung. Bahaya kalau mak-mak rabun gi beli,” luah netizen.