HomeTeknologiPengguna X Kini Meluangkan Masa Secara Purata 32 Minit Setiap Hari

Pengguna X Kini Meluangkan Masa Secara Purata 32 Minit Setiap Hari

CEO Twitter, Linda Yaccarino kini berkongsi perkembangan syarikat mereka, selang setahun sejak diambil-alih oleh Elon Musk. Sejak diambil-alih, pelbagai perubahan telah dilakukan, dan paling besar adalah penjenamaan semula dari Twitter kepada X.

X juga telah menambah sokongan pelan berbayar yang memberikan tanda biru bersebelahan akaun, perkongsian pendapatan bersama komuniti, ciri panggilan suara, dan perkongsian yang lebih panjang melalui X. X juga turut mengambil langkah drastik dengan mengehadkan penawaran API mereka – membuatkan sejumlah aplikasi pihak ketiga menamatkan penawaran.

Pada hari ini, ia dikongsikan pengguna secara purata meluangkan masa sekitar 32 minit sehari pada X. Disamping itu, ia turut dikongsikan kini terdapat lebih 500 juta pengguna yang mengakses X setiap bulan, dan perkhidmatan tersebut menyaksikan lebih 1.5 juta pendaftaran setiap hari.

Bergerak ke hadapan, X juga menyasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan kewangan dalam tempoh setahun lagi – dan berkemungkinan terhad di beberapa pasaran untuk peringkat awal. – Amanz

Authors

Pilihan Editor