CYBERJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menghidap penyakit jantung baru-baru ini, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
“Alhamdulillah, dua hari lalu saya dimaklumkan beliau semakin sihat dan insya-Allah tidak lama lagi beliau dapat melaksanakan tugasnya.
“Kita doakan yang terbaik untuk beliau,” jawabnya seperti dilapor Berita Harian pada Sabtu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di Ipoh, hari ini.
Sebelum ini, tular khabar angin mengatakan Rafizi dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung.
Difahamkan juga, Ahli Parlimen Pandan itu berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.