HomeBeritaViral'Jual kereta ke jual payudara?' - Video wanita promosi kereta terpakai undang...

‘Jual kereta ke jual payudara?’ – Video wanita promosi kereta terpakai undang kecaman netizen

KECOH di media sosial video seorang wanita mempromosikan kereta terpakai dengan keadaan agak ‘menggiurkan’ golongan para lelaki.

Mana tidaknya, video yang tular di TikTok itu sepatutnya memfokus kepada kereta terpakai itu terganggu dek kerana imej yang dikenakan penasihat jualan itu disifatkan terlalu  mencolok mata sehingga menampakkan bahagian lurah dadanya.

“Abang-abang pernah dengar tak kereta sambung bayar? Abang mesti takut kena scam kan, ataupun takut tak dapat kereta kan?

“Jangan risau sebab kami dah beroperasi lebih 10 tahun, dah lebih 400 buah kereta terjual.

“Selalu kalau kita dengar sambung bayar kereta, mereka akan deal di kedai mamak, kedai kopi kan. Tapi ini tak, kami ada ofis sendiri, “ katanya dalam video promosi itu.

Video sama turut memaparkan wanita itu menunjukkan sejumlah fail di atas meja sebagai rekod pembelian para pelanggannya bagi membuktikan kereta terpakai yang dijual oleh pihaknya amat laris.

Menjengah di ruangan komen video itu, rata-rata warga net terkejut dengan strategi pemasaran yang digunakan wanita terbabit.

Malah, ada juga yang menyifatkan idea itu tidak bermoral dan murahan semata.

“Kenapa marketing kena pakai cmne?” soal netizen.

“Huhuhu terseksa tgk..x bernafas..nk jual kete ke nak jual ape ni,” luah pengguna media sosial.

“Sampai ‘melimpah’ untuk apa ek? Jual kereta ke jual payudara? Aduhai,” tulis seorang lagi warga net yang kurang senang akan video berkenaan.

“Aku scroll komen je… nak tengok… suami aku aku ada kat sini tak,” seloroh seorang lagi netizen.

Author

Pilihan Editor