HomeGaya HidupTak cukup tidur boleh sebabkan strok?

Tak cukup tidur boleh sebabkan strok?

BUAT anda yang seringkali merasa diri tidak cukup tidur, jaga-jaga kerana anda dikhuatiri terkena serangan penyakit strok.

Memetik laporan Medical News Today, di dalam kertas kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Neurologi, penyelidik mendapati masalah tidur yang dialami oleh individu kemungkinan menyebabkan mereka mengalami strok.

Pakar bedah saraf di Institut Neurosains Pasifik di Pusat Kesihatan Providence Saint John di Santa Monica, California, Dr Adi Iyer, berkata selain masalah tidur, punca strok juga boleh berlaku disebabkan obesiti, peningkatan usia dan minum alkohol serta lain-lain.

“Kajian mendapati, mereka yang tidur kurang daripada lima jam setiap malam, berdepan tiga kali ganda berkemungkinan mendapat strok berbanding mereka yang tidur selama tujuh jam.

“Selain itu, risiko strok meningkat dua kali ganda bagi mereka yang tidur lebih daripada sembilan jam setiap malam berbanding mereka yang tidur tujuh jam,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Laporan sama turut menyatakan, mereka yang berdengkur adalah 91 peratus lebih berkemungkinan untuk diserang strok dan mereka yang mendengus hampir tiga kali ganda berkemungkinan untuk diserang strok berbanding mereka yang tidak.

Justeru, orang ramai dinasihatkan memerhati waktu tidur anda selaku pencegahan daripada terkena serangan penyakit strok.

Author

Pilihan Editor