HomeBeritaViral'Taubat, takmau jejak Cameron dah lepas ni!" - Lelaki habis lebih RM1,400...

‘Taubat, takmau jejak Cameron dah lepas ni!” – Lelaki habis lebih RM1,400 dalam masa 2 hari di Cameron Highlands

PERCUTIAN bersama keluarga yang sepatutnya dipenuhi memori indah akhirnya berakhir dengan rasa kesal dan geram dek kerana kos perbelanjaan bercuti di Cameron Highlands, Pahang amat tinggi.

Itulah yang dikongsi seorang lelaki menerusi akaun TikTok @pokteh_rajin, yang menyatakan serik untuk berkunjung ke destinasi berkenaan susulan kenaikan harga yang disifatkan ‘mencekik darah’

Menerusi video itu, lelaki terbabit berkongsi pengalamannya bercuti dengan keluarga di Cameron Highlands baru-baru ini, namun terpaksa pulang awal kerana tidak tahan dengan harga yang dikenakan para penjual di tanah tinggi itu.

“Apa yang aku terkejut, selama dekat dua hari dekat Cameron, kos dekat sana sangat-sangat tinggi. Harga makan dia pun tak sama setiap hari. Aku ada beli roti john, harga dia RM9 hari Jumaat. Hari Sabtu aku pergi beli di kedai yang sama, harga dia RM12. Jadi itu dah satu buat aku terkejut.

“Lepas itu, malam tadi pula aku pergi makan tomyam kat satu kedai tu. Tiga nasi, satu tomyam, satu telur mata lepas kangkong belacan RM85. Fresh orange satu, teh panas satu, teh o limau satu RM80 lebih..aku macam biar betul kos?

“Lagi satu, homestay yang aku duduk.. aku tengok kat TikTok harga dia RM220 satu malam, bila aku sampai dekat sana harga dia RM280 dia cakap hari Jumaat Sabtu harga lain.

Aku ingat nak balik esok, Isnin tapi Ahad pagi aku terpaksa gerak, lepas Subuh tadi aku terus gerak dah tak boleh aku.. Jumaat, Sabtu aku habis pergi situ pergi sini RM1,470 aku tak beli apa-apapun. Adalah strawberi sikit tu,” luahnya dengan nada kesal.

Lelaki itu turut menyatakan bahawa kos perbelanjaannya bercuti di Cameron Highlands pada tahun lepas hanya berjumlah RM600 lebih namun kini meningkat naik secara mendadak.

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut berpesan kepada para peniaga di Cameron Highlands supaya tidak mengambil kesempatan terhadap pengunjung dari luar.

“Memang betul la orang luar datang sana nak ‘buang duit’ (bercuti) tapi bukanlah kesempatan untuk orang-orang Cameron ‘sakau’ duit orang luar. Ikut suka hati korang je letak harga.

“Aku memang ‘taubatlah’ takkan pergi, takkan jejak dah Cameron,” ungkapnya.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut dilihat meninggalkan pelbagai reaksi berhubung kejadian yang dialami lelaki itu.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka ‘terkena’ situasi seperti lelaki berkenaan.

“Saya dah kena minggu lepas bng. Makan beehoon sop 3 ayaq 4 gelas tea o ais ja kna 85.00..nak bising bini kata tak payah la…. Diam ja la,” tulis netizen.

“Betol bro,kawe pergi 2hari,abis 1800,makanan mahal giler,” luah seorang lagi warga net.

“Betul la.. brp bulan lps pergi 3h 2m. habis dekat 2k. mknan harga mmg tak masuk akal. tu belum masuk smua tmpt kena byr mahal,” komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyifatkan kos percutian di Malaysia lebih mahal berbanding di negara jiran, Thailand.

“Baik masuk thai bos.. 2k.. mewah berbelanja,” seloroh netizen.

“RM1400 bagus g holiday Thailand,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Author

Pilihan Editor