HomeGlobalTiada bekalan air, elektrik selagi tawanan Israel tak bebas

Tiada bekalan air, elektrik selagi tawanan Israel tak bebas

SERANGAN berterusan dilakukan oleh negara haram Israel ke atas Palestin masih tidak terhenti tidak kira dari segi mental atau fizikal, lapor Agensi Anadolu.

Memasuki hari keenam, Menteri Tenaga Israel, Israel Katz berkata, bekalan elektrik, air dan bahan api kekal disekat di Gaza sehingga penduduk haram yang menjadi tebusan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dibebaskan.

“Bantuan kemanusiaan kepada Gaza? Tiada elektrik akan dihidupkan, tiada pili air akan dibuka dan tiada lori bahan api akan memasuki Gaza sehingga penduduk Israel dikembalikan.

“Tiada siapa yang akan menyuntik moral kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sabtu lalu, rejim pengganas Israel melancarkan serangan berterusan di Semenanjung Gaza sebagai tindak balas ke atas Hamas, yang menyasarkan serangan mengejut di negara haram.

Serangan Hamas tersebut merupakan bantahan atas serbuan di Masjid Al-Aqsa  dan peningkatan keganasan yang dilakukan oleh penduduk Yahudi terhadap rakyat Israel.

Author

Pilihan Editor