HomeGaya Hidup'Waktu ini roh ada di kubur' - Ustaz kongsi 3 waktu afdal...

‘Waktu ini roh ada di kubur’ – Ustaz kongsi 3 waktu afdal ziarah tanah perkuburan

TAHUKAH anda bahawa terdapat tiga waktu yang disunatkan untuk menziarahi orang yang sudah meninggal dunia?

Berdasarkan kupasan Ustaz Norazan menerusi Kitab Riyadhus Solihin, tiga waktu afdal menziarahi arwah terutamanya jika individu tersebut adalah ibu bapa kita.

“Terutama kubur ibu bapa, disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor.

“Waktu ini roh ada di perkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

“Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a, Hadis Rasulullah SAW; seorang anak yang menziarahi kubur ibu bapanya pada hari-hari tersebut di atas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibu- bapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yang taat,” kongsi Ustaz Norazan menerusi satu hantaran.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi adab untuk menziarahi tanah perkuburan.

Berikut adalah adab ketika ziarah di kubur:

1. Memberi salam kepada si mati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti “Assalamualaikum mak/bapa”. Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap ke arah muka/kepala si mati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yang baik untuk si mati.

Al-Fatihah buat insan-insan tersayang yang telah pergi meninggalkan kita… Aamiin 

Author

Pilihan Editor