HomeHiburan'Ya ampun Tajol!'- Wan Ellyas ralit layan peminat atas kapal terbang

‘Ya ampun Tajol!’- Wan Ellyas ralit layan peminat atas kapal terbang

CYBERJAYA: Pelakon, Wan Ellyas yang pernah popular menerusi drama dan filem ‘Dunia Baru’ rupanya kini bekerja sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan Malaysia.

Menerusi perkongsian video TikTok @Wahyuhee Wahidin, memaparkan Wan Ellyas atau Wan Ellyas Wan Abdullah, 42, sedang rancak bersembang bersama penumpang.

Menurut pemilik video yang juga merupakan rakan sekerja Wan Ellyas mengatakan disebabkan popularitinya sebagai pelakon, ramai penumpang mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

@wahyuhee21

Multitasking terus yee bila partner kau retis ! Hahahhaaha

♬ bunyi asal – asran keyboard – Asran Keyboard

Malah, video tersebut nyata meraih perhatian warga net yang rata-ratanya tidak menyangka bahawa dia kini bekerja sebagai pramugara.

“Pramugara rupanya Wan Ellyas ni. lama tak nampak berlakon di TV,” komen netizen

“Teringat dulu dia berlakon drama Dunia Baru dengan rambut menggerbang dia dulu, hensem woo,” imbau netizen.

“Ya ampun Tajul, sekali tengok macam abang Tyzo laaa… lama sungguh tak nampak Wan Elllyas berlakon,” luah netizen.

Author

Pilihan Editor