JIKA anda bercuti di Singapura, jangan lepaskan peluang untuk rasai pengalaman menginap dalam hotel berkonsepkan ‘bas awam’!
The Bus Collective tampil dengan idea kreatif menerusi tawaran glamping secara dalam bilik berbentuk bas.
Jika dilihat luaranya tampak seperti bas biasa namun, anda pasti teruja melihat keadaan dalam bas tersebut yang nyata adalah sebuah bilik hotel kondusif dilengkapi TV dan pelbagai kemudahan lain.
Malah, bilik berkenaan turut mengekalkan tempat duduk pemandu serta stereng bas!
Difahamkan, The Bus Collective terdiri daripada 20 bas awam yang diubah menjadi hotel yang boleh menempatkan sehingga empat orang tamu dan sesetengah bilik turut mempunyai akses untuk pengguna kerusi roda.
Lokasinya yang terletak di Changi Village membolehkan ia diakses pelancong yang baru tiba di Singapura serta turut hampir dengan tarikan bersejarah Muzium Penjara Changi.
Bilik di The Bus Collective ditawarkan pada harga bermula SG$398 (~RM1390) semalam.
Sumber: Amanz/ The Bus Collective