HomeBeritaViral'Saya sanggup bayar...' - Wanita mengidam nasi kenduri, minta bantuan netizen

‘Saya sanggup bayar…’ – Wanita mengidam nasi kenduri, minta bantuan netizen

WANITA hamil pasti sinonim dengan situasi mengidam kerana bawaan bayi dalam kandungan itu membuatkan emosi bercampur baur sehingga timbul perasaan inginkan sesuatu.

Mungkin ada sebilangan yang mengidam untuk lakukan sesuatu di luar jangkaan seperti mahu mandi hujan, mahu bawa lori kelindan dan sebagainya.

Begitu juga dalam aspek makanan seperti yang dikongsi oleh seorang wanita, Adeera Adam Aidill menyatakan hasratnya mengidamkan nasi kenduri kahwin.

Dek kerana terlalu mengidam dan tidak ada kenalan dekat yang menganjurkan majlis perkahwinan, Adeera dengan beraninya tampil memuat naik hantaran berhubung hasratnya itu di media sosial.

Wanita yang dipercayai menetap di Batu Pahat, Johor itu turut menyatakan kesanggupannya untuk membayar makanan yang dimakannya demi mencapai keinginannya untuk memakan nasi minyak berlaukkan ayam masak merah.

“Maaf tumpang tanya, saya nak tanya siapa kat rumah dia ada buat majlis kahwin ya. And dia masak nasi minyak dengan ayam masak merah.

“Boleh saya datang makan tak. Saya sanggup bayar. Saya mengidam nak makan nasi minyak dengan ayam masak merah tu.

“Dengan syarat nak makan kat kenduri kahwin tu. Taknak tapau-tapau, tolong saya ya. Terima kasih,” tulis Adeera menerusi hantaran yang dikongsi di Facebook miliknya baru-baru ini.

Foto: FB Adeera Adam Aidill

Perkongsian wanita itu nyata mendapat perhatian warga net sehingga ada individu yang tampil menjemputnya untuk hadir ke majlis perkahwinan bagi mencapai hasratnya itu.

“16/12 kenduri kawen adek aku.nanti dtg ea,” tulis seorang wanita di ruangan komen.

Dalam pada itu, ada juga golongan para ibu yang turut berkongsi pengalaman mengidam yang sama dilalui mereka seperti Adeera.

“Alamak aritu pun saya teringin mcm sis teringin tapi bukn time pregnant .. dh lepas pregnant. skrg belom dpt. semoga sis dipermudahkan utk merasa makanan tersebut .. faham perasaan teringin tuh,” kongsi netizen.

“Uiiii sama lahhhh. Mengandung dulu cari nasi putih kenduri kawen,” seloroh warga net.

“kita sama la, time tu covid memang tak ada kenduri khawin sampai sanggup pergi kl semata mata pergi kedai yang viral nasi kenduri khawin tu ngam teruk kena dengan tekak. sebelum ni ada orang bagi bagi tapi tak sama dengan tekak hahahhahaha , and keluar la seketul sumayyah . yang second pulak ngidam kek khawin orang, yang pelik pelik je kita ni mngidam nya,” seloroh seorang lagi wanita.

Author

Pilihan Editor