HomeGaya Hidup'Buka kasut, stoking, pijak tanah' - Doktor kongsi tips mudah sihat tubuh...

‘Buka kasut, stoking, pijak tanah’ – Doktor kongsi tips mudah sihat tubuh badan

KESIHATAN diri adalah aspek utama yang perlu dijaga oleh seluruh manusia di muka bumi ini.

Namun, dek kerana pengambilan makanan yang tidak sihat atau gaya hidup yang kurang sesuai membuatkan seseorang itu berisiko jatuh sakit hingga ada sebilangan yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan rawatan.

Lazim kita dengari ungkapan ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’.

Untuk kekal sihat itu tidak semestinya wajib mengeluarkan wang ringgit yang banyak kerana masih banyak cara yang boleh dilakukan seseorang itu untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Menurut seorang pakar bedah, Dr Aznan Shuhaili, salah satu cara mudah yang orang ramai boleh lakukan untuk memastikan tubuh badan berfungsi dengan sihat adalah dengan ‘memijak tanah’.

Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Aznan menyatakan terapi pijak tanah ini adalah satu rutin yang mudah dilakukan namun ramai di antara kita khususnya yang tinggal di bandar kurang lakukannya.

Menurutnya, teknik pijak tanah dapat memberi manfaat untuk tubuh badan seperti meningkatkan sistem imun, mengurang anxiety, susah tidur, sakit sendi, sakit otot dan masalah penghadaman.

“Caranya sangat simple, cuma buka kasut, stoking dan pijak tanah dengan tapak kaki yang kosong. Biar tapak kaki kena rumput dan tanah.

“Buat tiga atau empat kali seminggu selama 30 – 45 minit. Paling elok buat aktviti ini waktu pagi antara pukul sembilan hingga 11 pagi.

“Kesannya ia membuang cas tak elok dalam badan terutama cas positif yang akan membantu mengurangkan keradangan dalam badan, memperbaiki fungsi jantung, paru-paru kerana kaedah ini meningkatkan peredaran darah. Ia sekali gus meningkatkan kesihatan diri terutama sistem imun.

Meskipun rutin ini cukup mudah namun ramai orang bandar lupa atau tak sempat buat kerana duduk dalam bangunan, tak kena cahaya matahari dan tak pijak tanah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Dr Aznan turut mengingatkan orang ramai bahawa tubuh badan manusia itu terhasil daripada tanah dan kerana itu badan akan lebih mesra dengan elemen tanah.

“Asal usul badan kita dari tanah dan badan kita lebih mesra dengan tanah barulah kita sihat.

“Kurang masalah anxiety, penghadaman, susah tidur, sakit sendi, sakit otot dan badan,” ujarnya.

@draznanshuhaili

#earthing #grounding #pijaktanah #pijakrumput #surgeon #surgeonlife #laparoscopicsurgeon #seo

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Author

Pilihan Editor