KETUA agensi PBB untuk pelarian Palestin UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata di Gaza pada Sabtu, mengatakan mereka menerima “imej mengerikan dan rakaman berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera” dalam serangan Israel ke atas sekolah Al-Fakhoura di enklaf.
“Menerima imej ngeri & rakaman berpuluh orang yang terbunuh dan cedera di sekolah UNRWA lain yang melindungi ribuan orang yang hilang tempat tinggal di utara Genting Gaza. Serangan ini tidak boleh menjadi perkara biasa, ia mesti dihentikan. Gencatan senjata kemanusiaan tidak boleh ditunggu lagi,” Philippe Lazzarini berkata di platform X.
“Kengerian berterusan, sebuah lagi sekolah @UNRWA di utara #Gaza yang melindungi lebih 4,000 orang dibom beberapa kali. Berpuluh-puluh dilaporkan terbunuh termasuk kanak-kanak. (Serangan) kali kedua dalam masa kurang 24 jam, sekolah tidak terkecuali. CUKUP, kengeri ini mesti dihentikan” tulisnya dalam hantaran lain.
Pada awal Sabtu, berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dan cedera dalam pengeboman Israel ke atas pusat pembelajaran yang dikendalikan PBB di kem pelarian Jabalia.
Israel melancarkan serangan udara dan kemudiannya serangan darat selepas serangan 7 Oktober oleh kumpulan pejuang Palestin Hamas. Ia telah membunuh lebih 12,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, meratakan beribu-ribu bangunan awam, dan menguatkuasakan sekatan penuh yang membawa kepada kekurangan bekalan asas seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan. – Anadolu