QATAR pada Isnin mengumumkan pelanjutan jeda kemanusiaan sementara di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas selama dua hari lagi.
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al-Ansari berkata di platform X, Qatar “mengumumkan, sebagai sebahagian daripada pengantaraan yang sedang berjalan, perjanjian telah dicapai untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan selama dua hari tambahan di Genting Gaza.”
Susulan pengumuman itu, Hamas turut mengesahkan perjanjian untuk melanjutkan gencatan senjata sementara kemanusiaan di Gaza selama dua hari lagi.
“Ia telah dipersetujui dengan saudara-saudara di Qatar dan Mesir mengenai lanjutan gencatan senjata sementara untuk tambahan dua hari di bawah syarat yang sama sebelum gencatan senjata,” kata Hamas dalam satu kenyataan.
Pengesahan berita oleh Israel masih belum diterima.
Qatar membantu menjayakan perjanjian asal empat hari, yang bermula Jumaat lalu. – Anadolu