HomeGaya HidupJom buat aiskrim rainbow koko crunch!

Jom buat aiskrim rainbow koko crunch!

PASTI ramai ibu bapa yang bersetuju bahawa aiskrim adalah salah satu makanan kegemaran si kecil kerana rasanya yang enak dan sejuk.

Namun, membimbangkan sekiranya setiap hari anak kecil membeli aiskrim di kedai sehingga boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Bukan mudah untuk menarik minat anak-anak untuk makan snek di rumah sahaja tapi itu tidak pasti sukar jika ibu bapa tahu cara kreatif untuk menawan hati si kecil.

Seperti dikongsi seorang wanita, Eira Murni mengenai resepi membuat aiskrim warna-warni versi bijirin yang menarik dan comel!

Ikuti resepi ini:

Bahan:

  1. Susu cair – 1 tin
  2. Susu pekat – 1 tin
  3. Air – 4 tin susu
  4. Mini bijirin (koko crunch)
  5. Plastik aiskrim

Cara masak:

-Masak semua bahan2 kecuali mini kokocrunh dengan api perlahan sehingga mendidih.sejukkan

– Masukkan mini kokocruch dalam plastik aiskirm

– Setelah air susu sejuk, tuang ke dalm plastik aiskrim yang berisi mini kokocrunh

– Bekukan dalam peti sejuk

Author

Pilihan Editor