HomeGlobalKakitangan kerajaan Perancis dilarang guna WhatsApp, Telegram

Kakitangan kerajaan Perancis dilarang guna WhatsApp, Telegram

KERAJAAN Perancis secara rasmi melarang kakitangannya menggunakan aplikasi WhatsApp, Telegram, Signal bagi tujuan komunikasi dalaman berkuat kuasa 8 Disember 2023.

Lapor portal RT, perkara itu dibuat susulan Kerajaan Perancis percaya bahawa wujudnya kelemahan keselamatan pada semua aplikasi berkenaan.

Justeru, anggota Kabinet disaran menggunakan aplikasi mesej tempatan, Olvid kerana aplikasi tersebut tidak memerlukan kad SIM atau nombor telefon daripada penggunanya.

Malah, Olvid turut dikatakan lebih privasi dan selamat berbanding pesaingnya. Ia adalah satu-satunya platform pemesejan yang menerima sijil keselamatan Agensi Kebangsaan Perancis untuk Keselamatan Sistem Maklumat (ANSSI).

Selain Olvid, kakitangan Kerajaan Perancis turut dibenarkan menggunakan aplikasi pemesejan Perancis, Tchap.

Notis larangan yang dikeluarkan terhadap kakitangan kerajaan Perancis itu adalah sama dengan polisi yang dikenakan terhadap tentera Switzerland yang mengarahkan askar-askarnya berhenti menggunakan tiga aplikasi pemesejan popular tersebut pada tahun lalu.

Author

Pilihan Editor