[VIDEO] Konsert Ungu Live in KL Februari depan!

0
148

BUAT anda yang gemar mendengar lagu ‘Tercipta Untukmu’, ‘Kekasih Gelapku’ dan ‘Cinta Dalam Hati’, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan konsert Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur pada 25 Februari 2024!

Konsert yang dijadualkan berlangsung di Megastar Arena Kuala Lumpur itu akan membangkitkan perasaan cinta dan nostalgia para peminat menerusi ‘30 Hits Timeless’ Ungu.

Vokalis Ungu, Pasha turut menzahirkan keterujaan ahli kumpulan itu untuk kembali beraksi di pentas Malaysia.

“Sangat senang untuk kembali konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua kami.

“Seperti apa konsertnya nanti, Ungu berharap jangan sampai ada peminat yang melewatkannya (terlepas). Semoga kelak ia akan menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, peminat yang bakal menghadiri konsert Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur disaran memakai pakaian atau aksesori berwarna ungu bagi menyerikan suasana malam berkenaan.

Para peminat Ungu boleh membuat pembelian tiket mulai 1 Disember 2023 menerusi laman www.ticket2u.com.my mulai jam 11 pagi.

Harga tiket bermula RM138 (Demi Waktu – Seating 2), RM218 (Kekasih Gelapku – Seating 1) dan RM338 (Tercipta Untukmu – Standing).

Pembelian tiket menerusi Maybank bakal menerima diskaun sebanyak 10 peratus (pengguna kad debit) manakala 12 peratus bagi pengguna kad kredit.

Author