HomeGlobalKementerian Kesihatan Gaza nafi dakwaan Hamas guna ambulans angkut senjata

Kementerian Kesihatan Gaza nafi dakwaan Hamas guna ambulans angkut senjata

BANDAR GAZA, Palestin: Kementerian Kesihatan Gaza lewat Jumaat menafikan dakwaan Israel bahawa Hamas menggunakan ambulans untuk mengangkut senjata selepas Tel Aviv menyasarkan konvoi ambulans di wilayah itu dengan serangan udara yang mengorbankan 13 mangsa.

“Penjajah (Israel) cuba mengelak tanggungjawab dan meletakkan kesalahan kepada rakyat Palestin seperti biasa,” kata jurucakap Ashraf al-Qudra.

Pesawat pejuang Israel mengebom dua ambulans pada Jumaat di Bandar Gaza. Tentera berkata, anggota Hamas dikenal pasti menggunakan ambulans untuk mengangkut senjata.

Tentera Israel telah meluaskan serangan udara dan darat ke atas Genting Gaza, yang berada di bawah serangan udara tanpa henti sejak serangan mengejut oleh Hamas pada 7 Okt.

Hampir 10,800 orang terbunuh dalam konflik itu, termasuk sekurang-kurangnya 9,240 rakyat Palestin dan lebih 1,538 warga Israel.

Bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel, selain jumlah korban dan pemindahan yang besar. – Anadolu

Author

Pilihan Editor